Fadhli Jusoh

Fadhli Jusoh

Tuesday, September 27, 2011

Experience is the best teacher in our life..

selama 21 tahun bernafas di dunia ini,bersyukur aku kepada-Nya kerana masih di berikan ruang untuk bernafas di muka bumi ini. selama 21 tahun ini juga berbagai kisah di dalam hidup ini,berbagai pengalaman yang di lalui. susah dan senang yang di lalui selama 21 tahun ini juga banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar....

tak siapa pun tahu apa yang aku alami,mungkin semua orang boleh kata atau nilai apa yang diorang nak..tapi hakikat yang sebenar tak siapa pun yang tahu kenapa aku berkelakuan itu dan ini.. di sebalik kelakuan seseorang itu pasti ada kisah di sebaliknya..jangan lah kamu menilainya dengan sesuka hati,kerana luaran tidak menggambarkan dalaman seseorang itu...

di sebalik kegembiraan,pasti ada kesedihan yang cuba di sembunyikan,namun daripada kesedihan ianya mengajar hati ini untuk menguntumkan senyuman.. senyuman menjadikan diri ini makin kuat dan tabah untuk hadapi segala kemungkinan..kerana hidup ini tidak pernah mudah bagi sesiapa yang mempunyai impian..

manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan,begitu juga aku namun kita belajar dari setiap kesilapan itu,belajar untuk bangkit... bangkit dari setiap kegagalan walau dunia ini bagai menentang kita sekali pun,kita mesti kuat dan tabah untuk melawannya..

Sunday, September 25, 2011

Kisah Hati.

My heart and your hearts into one love. I feel your presence to complete me. but love is not ours, all have ended. love you and I will not be united, for the time being in this world. maybe we will be together later on there. let me keep this love forever true. the story of the heart.

Noktah Terakhir.

di suatu saat,andainya segala yang kita impikan tidak menjadi kenyataan,janganlah kamu berduka dengan ketentuan itu. bangkitlah dari setiap kekecewaan itu. walau dunia ini bagai menentang kita sekalipun, kamu mesti kuat untuk hadapi semua itu. kehidupan ini tidak pernah mudah kepada sesiapa yang mempunyai impian. biarkan takdir yang menentukan segalanya......

setiap yang berlaku ada sebabnya,dari itu kita mesti belajar untuk terima setiap kemungkinan. walau ianya amat menyakitkan sekali pun. dunia ini tidak pernah adil, tapi percayalah "setiap aturan-Nya tersimpan sejuta bagai keindahan"....

Monday, August 22, 2011

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA...

  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Bicara cinta..

Kadangkala, kita mencintai seseorang terlalu banyak, sampai kita merasa mati rasa terhadap cinta itu. Kerana, jika kita merasakan seberapa besar cinta kita terhadap mereka, perasaan itu akan membunuh kita. Bukan berarti kita menjadi orang yang buruk. Tapi itu kerana hati kita terlalu besar.

Cinta adalah sebuah bentuk pemaafaan yang tanpa henti, sebuah tatapan lembut yang menjadi kebiasaan.

Hal terbesar yang pernah Anda pelajari di dunia ini adalah mencintai dan dicintai.

Cinta terbaik adalah yang melembutkan jiwa, yang membuat kita lebih menginginkannya, yang memberi kehangatan di hati dan yang memberi kedamaian pada pikiran kita.

Jika Anda menghakimi seseorang, maka Anda tidak memiliki waktu untuk mencintai mereka.

Thursday, July 7, 2011

tentang cinta.....

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

makna cinta....

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Sunday, April 24, 2011

KeHidupan Ini.........

Kehidupan ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar....erti ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang....cabaran dan dugaan bukan lah sesuatu yang senang untuk di tempuhi...ianya memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.....tanpa pengalaman siapalah aku....sebagai manusia biasa,kita xkan mampu lari dari melakukan kesilapan,namun dari situ lah kita belajar untuk menjadi lebih baik dan sempurna.....

Semakin meningkat usia kita,semakin banyak pengalaman yg kita perolehi.... Pahit dan manis pengalaman itu telah kita rasai.... walau sepahit mana sekali pun pengalaman itu,jangan lah biarkan ia menghalang kita dari terus tersenyum.....kerana senyuman adalah kekuatan kita untuk menghadapi cabaran yang baru..... jadikan lah hari2 yang di lalui di penuhi dengan senyuman, seolah2 esok tiada lagi untuk kita....

Jadilah diri kita yang sebenar walau dimana kita berada....dalam menjalani kehidupan seharian,ianya memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi...jangan pernah mengalah dengan segala kelemahan kita kerana tiada halangan nya untuk kita terus mencuba....mencuba untuk menjadi yang terbaik.....setiap yang kita impikan belom pasti menjadi milik kita,namun apa yang kita dapat itu....mungkin itulah apa yang kita impikan selama ini.... kerana setiap aturan-Nya tersimpan sejuta keindahan.....

Friday, April 22, 2011

Kaulah sahabat ku untuk selamanya......

Kadang-kadang aku rasa sedih.....rasa kecian kt dia.... knapa begitu nasibnya....?? apa yg di dambakan nya,dia x pernah dapat....malahan kesedihan dan kekecewaan yg dia dapat..... memang di hati ini trlalu ingin untuk menolongnya....berikan die kebahagiaan....tp tiada apa yg mampu aku lakukan melebihi dari hubungan persahabatan ini....walau pun aku cuba bahagiakan dia,tp aku tahu itu adalah sementara bagi nya.....terdetik di hati ku ini untuk cuba mengubah takdir hidupnya,tapi aku tetap tak berdaya untuk lakukan semua tu...aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan nya....

Bila dia ada masalah,hati ini trlalu risaukan dia....sehingga membuatkan diri ini terasa begitu bersalah terhadapnya kerana tak mampu untuk melakukan apa-apa.....apa yang mampu di lakukan pun hanya sekadar memberi nasihat dan menyuruhnya bersabar dengan apa yang di laluinya.....tapi aku tetap tahu,sampai bila dia mampu bersabar...?? apa yang di lalui dan di tanggungnya amat memeritkan sekali... walau aku tidak berada di tempatnya,tapi aku cukup memahami apa yang di laluinya.... walaupun senyuman yang di ukirnya....tapi di hatinya tersimpan sejuta kesedihan dan kepahitan.....

Terlalu berat dugaan yang di tanggungnya...sehingga menjadikan nya tidak pernah mengenali erti kasih sayang dan kebahagiaan.... walaupun aku tahu,itulah yang di cari dalam hidupnya.... KASIH SAYANG dan KEBAHAGIAAN.... di sudut hatinya tetap tersimpan seribu impian dan harapan untuk semua tu.....walau dia cuba untuk menafikan semua tu,tapi dia xkan mampu untuk melawan kehendak hatinya......

Kenapa orang yang di harapkan dia tak pernah cuba untuk memahami isi hatinya....?? cukup lah dengan apa yang di tanggung olehnya selama ini.... sampai bila sekeping hati itu mampu bertahan dengan segala dugaan ini...... Please!! i'm begging to all!! jaga lah insan ini dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.... lindunginya di saat dia amat memerlukan tempat untuk berlindung.... pulihkan kembali semangat dan kekuatan dia!!

Ya ALLAH.... Kau lindungilah hamba Mu itu.... jauhkan dia dari segala kesulitan... sesungguhnya beban yang di tanggung oleh dia terlalu berat bagi seorang insan sepertinya... kurniakan lah kebahagiaan kepadanya....aku memohon kepada Mu ya ALLAH.....

Kau lah sahabatku untuk selama-lamanya... walauapapun yang terjadi,aku xkan biarkan kamu terkapai-kapai keseorangan....walau apa jua keadaan mu,aku tetap akan sentiasa bersama mu sebagai seorang sahabat.... sesungguhnya kebahagiaan itu milik mu...kamu cukup layak untuk dapatkan kasih sayang dan kebahagiaan itu....satu hari nanti akan ada sinar kebahagiaan dalam hidup mu... segala impian dan harapan mu itu pasti tercapai...insyaALLAH.... kembali kan lah keceriaan dalam hidup mu wahai sahabatku...............................

Monday, April 11, 2011

for my friends......

tiada apa lagi yg dapat aku berikan kepada kamu semua wahai kawan2ku...... sedikit kegembiraan untuk di kongsi bersama...... bagi ku nilai sebuah persahabatan itu trlalu berharga...... aku terasa cukup bahagia bila dapat gembirakan kawan2 ku..... jadi,hargailah nilai sebuah persahabatan itu.... carilah kawan yg selalu ada di saat susah dan senang.....

kawan tidak mengenal erti taraf dan kedudukan seseorang itu....ianya tetap lebih bernilai dari semua tu... walau apa yg aku lakukan demi persahabatan itu,ianya masih tetap xkan mampu menandingi nilai sebuah persahabatan...cukup lah kamu membalasnya dengan snyuman kegembiraan.....ianya lebih bermakna bagi ku..... sayangi lah ikatan persahabatan itu dengan ikhlas.... thanks my friends for everything.....=)

Sunday, March 27, 2011

Love my family......

tetiba rasa rindu sgt kt family aku.....rindu yg teramat sgt.....=(
da lama x berkumpul ramai2...rindu sgt saat2 tu..... time raya ari tu pun aku rasa x mcm yg sblom ni....mcm x cukup korum je keluarga ku ni....apa yg x lengkap lagi erk...?? hurmm....

mungkin xde sape yg penah thu apa yg aku rasa....aku anak bongsu yg ada 2 org abg dan 3 org kakak....tp aku x penah rasa kemesraan dari seorang abg...sebagai seorng lelaki,kadang2 aku terasa untuk berkongsi masalah dgn abg2 aku...tp aku x penah dapat lakukan semua 2... mana pergi abgku..?? xkan ku biarkn hbungan adik beradik ni terputus..... pulanglah ke pangkuan keluarga.....jgn sesekali lepaskan tnggungjwb mu sbgai seorng anak lelaki dalam keluarga.... walau da berumah tngga sekali pun....abah ngn ma tetap mnjadi keutamaan kita.... please.... jgn sampai kesabaranku selama ini x trtahan ag..... da terlalu byk yg aku pendamkan....

gunakan lah peluang yg di berikan ini dgn sebaik mungkin.... aku x mngharap lebih.... cuma mngharapkan kamu semua dapat gantikan tempat aku di samping ma ngan abah bila aku da tiada nanti..... selagi aku masih mampu bertahan untuk seberapa tahun lagi....aku tetap akan jalankan tnggungjawab ku sbagai anak lelaki dalam keluarga...... kebahagiaan keluargaku.... hanya senyuman dari keluarga ku sehingga ke pnghujungnya..... keep smile my dear family....=)

Monday, March 21, 2011

What do i say......?

When i can't face the truth after knowing everything...How will u bear it..?? What do i do..?? What do i say..?? How do i say that for the first time this heart is beating for someone...is breathing someone's name....for the first time this heart has loved someone....How do i say....the love from this heart is very strong...but the heart itself is very weak........How do i give her my weak heart....?? And my doctor is who's fighting day and night just to keep me alive for a few more years... i'm dying....Its not my love anymore...Its someone else's... I just have to reach it to the right destination.... That's my only dream now............. And whatever it is...i have to keep smile....to keep anyone surround me always smile....for tomorrow might never come.....

Thursday, March 10, 2011

Namun ku punya hati......

Apa lagi yg ada dlm hatiku ini...?? sebuah cinta yg ikhlas utk ku bawa bersama sehingga ke hembusan nafasku yg terakhir..... sekiranya takdir itu milik aku....cinta ini akan sentiasa mekar di hati ku....dan sekiranya takdir itu bukan milik ku....cinta ini tetap akn sentiasa tersemat di hati ku....

Apa yg di lalui,mengajar aku erti cinta yg sebenarnya.... cinta yg bukan lahir dari rupa paras,kebendaan dan kesempurnaan seseorng itu... tapi ianya lahir dari sekeping hati ku.... sesuatu yg sukar utk ku ungkapkan dgn kata2 lagi.... cinta ini tiada dapat ku cari ganti.... mungkin aku blh mnggantikan seorng wanita...tp x mungkin ianya dapat menggntikan cinta ini....

Takdir ALLAH memang cukup indah sekiranya dapat kita rasai dan renungkan apa yg telah di tetapkan utk kita.... saat perkenalan....saat pertemuan....saat perpisahan.... dan saat takdir itu menjadi milik kita....semua nya berlaku tanpa kita duga.... walau ianya pernah terlintas di naluri hati kita.... naluri itu yg membuatkan kita yakin dgn setiap apa yg terjadi.....

Walau jauh kita terpisah....hati ini x pernah membenci,x pernah memarahi..... hati ini xkan mampu tuk membenci dan memarahi cinta.... kerana cinta lahir dari hati.... walau kita cuba utk buang cinta dari hati...kita xkan mampu,kerana cinta akn selalu dekat di hati.... seorang ibu xkan pernah sanggup tuk berjauhan dari anak yg di lahirkannya...begitu juga dgn hati....bayang kan apabila hati kehilangan cinta....semuanya kosong.... nothing left.....

Di hati aku cuma ada satu cinta.... cinta yg telah banyak mengajar aku erti kesabaran,keikhlasan dan kejujuran.... kerana cinta aku menjadi kuat dan kerana cinta ini juga aku bagai hilang punca...
namun setiap apa yg terjadi psti ada sebabnya....di sebalik aturan-Nya tersimpan sejuta keindahan.... cintailah ats dasar keikhlasan dan kejujuran tanpa mengharapkan apa2 sebagai balasan....kerana cinta adalah anugerah yg x trnilai harganya.......

Tuesday, March 1, 2011

Waiting...........

Waiting....?? apa yg di tunggu tu...?? tggu bas ke..?? or waiting for someone...?? ish3...waiting la sgt...hahaha....

Apakah yg di tggu dalam hidup anda...?? ....... i'm waiting for something lost in my life.... waiting until its come to me naturally.....hurmm....apa yg telah hilang dalam diriku ialah rasa cinta..... perasaan tu telah menghilang tanpa aku sedari.....tanpa aku relakan.... hati ini mula menjadi kosong dan tawar....

Sampai bila kah aku harus menunggu tuk semua tu...? aku sendiri xde jawapan tuk persoalan tu.... namun aku tetap akn menunggu sehingga ianya kembali seperti sediakala.....

Memang pada luarannya aku nampak happy....tapi hakikat hati yg menanggung amat perit sekali... perasaan takut amat menebal dalam diri ini... takut untuk mewujudkan rasa cinta dalam diri ini.... namun aku hanya manusia biasa,tetap inginkan cinta...ingin mencintai dan di cintai..... tapi siapalah aku tuk dapatkan semua tu.....=(

Aku ingin sgt tuk menukarkan rasa suka tu kepada rasa cinta.....tapi aku x berani tuk tukarkn semua tu.... takut sgt tuk meletakkan harapan pada seseorang..... takut hati ni terluka ag...... aku bukanlah seperti dulu ag....seorng yg kuat tuk hadapi semua tu.... hati ini telah menjadi lemah utk menghadapi semua tu....

Kesabaranku sentiasa mengatasi segala2nya..... sabar tuk menunggu dan terus menunggu sehingga hati ini kembali seperti sediakala.........

Tuesday, February 22, 2011

Cinta tak semestinya di miliki.....

Bila kita jatuh cinta pada seseorang,jgn menyiksa diri dgn menganggap bahawa cinta kita x diterima....

Cinta itu x pernah di tolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan tuk di cintai.....

Wujudkan cinta itu dgn memberikan sesuatu,bukan mengharap2 akan sesuatu sebab,apa yg di berikan kerana cinta selalu datang pada hati kita di saat itu juga........

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima......

Tapi.....lain bila kita menginginkan sesuatu yg kita cintai...keinginan itulah yg memberikan pahit2 yg menghiris dada......

Jangan menyiksa diri dgn menginginkan sesuatu............

Jangan siakan cinta dgn beban yg berat mengharap mampu di pikul bahu.........

Keinginan memiliki mungkin x kesampaian...........

Tapi...............

Percayalah pada diri......
Selalunya cinta yg kita berikan seadanya...........
Tak kan pernah bertepuk sebelah tangan....................

Walau sedalam mana kita mencintai seseorang.....
Jika dia tidak di ciptakan utk kita..............
Kita xkan memilikinya...........................

Monday, February 21, 2011

Kenapa....?????

Kenapa dgn hatiku ni...?? kdg2 aku sendiri susah nak faham....susah tuk tafsirkan apa yg tersirat di hati ni.... macam2 rasa yg ada dalam hati ni...kadang2 terasa rindu sgt kt dia....tp aku da x mampu nk lakukan apa2...aku hanya mampu berserah....

memang pada luarannya aku da ok...tapi hakikat yg x blh aku nafikan ialah,aku masih sayangkan dia...rindukan dia...ingatkan dia....kenapa hatiku begini..?? makin aku lawan makin sakit hati ni.... sedih sgt bila kenangkan hati ini...sampai satu tahap hati ni da x mampu tuk terima org lain... hati ni seolah2 da tawar tuk terima cinta lain.... perasaan tu x mampu utk aku paksa ag.... bukan aku x cuba tuk terima...tapi perasaan ni da x sama macam dulu... tiada langsung rasa cinta dalam diri ini...kenapa aku macam ni...?? kenapa..?? kenapa...??!!!

maafkan aku sekiranya aku melukakan hati sapa2...tp aku sendiri x thu nape aku da x blh nk serius mcm dulu dalam soal ni... sebab tu aku x mampu nk bg sape2 harapan ag.... biarlah takdir yg tentukan....aku tetap akan terima seadanya sekiranya pintu hati ni terbuka tuk cinta lain.....

kenapa kesan luka ni trlalu mendalam...?? sakit sangat tuk aku tempohi sorang2.... pedih!! pilu!! tolong la.....aku da x mampu nk ubati luka ni lagi...hanya pada MU ku berserah ya ALLAH...... kembalikan rasa cinta dalam diri ini.... bukakan lah pintu hatiku......

tiada kata dapat ku lafazkan lagi.....waktu di syurgawi cintamu....aku rindukan semua tu.............!!

Thursday, February 17, 2011

Manusia oh Manusia......

Buat apa xnak ngaku ada awek kalau kita da ada awek...?? tapi camne nak ngaku ada awek kalau kita xde awek...?? manusia2..... pelik sangat2.... bila kita ckp jujur,dia ckp kita tipu pulak...hipokrit la apa la...hurrmm....

Susah sgt nak puaskan hati orang ni....sampaikan hati kita sendiri pun x pernah ada org jaga sampai camtu sekali....saat kita susah,smua bagai menjauh...xde sape pun yg sudi ambik tahu apa yg kita lalui....tp bila kita senang,ada pulak yg sibuk nak menumpang nya.... mmg betul la kata org,'teman di waktu menangis susah utk di cari,tapi teman di waktu gembira ramai sgt'.....

Mencari yg terbaik tu susah sgt...ibarat 1 dlm 1000.....dunia2!! memang manusia tiada yg sempurna,tetap ada kelebihan dan kekurangan masing2....tp knapa manusia susah tuk terima setiap kekurangan masing2.... sempurna sangat kah dia....kadang2,aku x faham apa yg di cari dalam hidup setiap manusia.... memang setiap org ada impian masing2....tp x semestinya apa yg kita impikan tu akan dapat...belajar lah tuk menghargai apa yg ada di depan kita dgn sebaik mungkin....kerana mungkin itulah apa yg kita cari selama ni.....

Fikir2 kan lah wahai umat manusia yg di ciptakan dgn sebaik2 kejadian..... setiap yg terjadi tu pasti ada sebabnya.... sekiranya kita mula tersesat,kembali lah ke paksi utama hidup kita... kerana di situ lah punca utama hidup kita..... =)

Saturday, February 12, 2011

Jangan Di Ucap Selamat Tinggal....

Ku mencari....ku mencari apakah salah ku...kau buat ku termenung seorangan... Dalam diri sangsi akhirnya begini...perpisahan tak ku duga....ku mengerti,ku fahami keputusan diri...biar saja aku sebegini...permintaan terakhir ku jangan kau lafazkan....simpan saja kata-kata...Jangan di ucap selamat tinggal....jangan kau ucap selamat tinggal kepada ku.....walaupun seketika,walaupun sekelip mata...simpan saja kata-kata ke akhir hayat yang ada....


Wednesday, February 9, 2011

Cinta Yang Paling Agung....

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .
Cinta yang paling Agung ialah ,
Cinta pada Tuhan Yang Maha Suci .

Bicara Cinta

Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .

Sabar menunggu saat bersama ....

Hati dan Perasaan Ciptaan-Nya....

Di antara rahsia teragung dan nikmat yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia adalah dengan terciptanya Hati dan Perasaan. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan jiwa-jiwa yang tidak mungkin dapat ditafsirkan melalui kaca mata sains dan teknologi.

Telah berabad-abad lamanya manusia cuba mencipta alternatif lain sebagai pengganti manusia. Mereka mampu mencipta robot-robot yang mampu melakukan kerja-kerja berat dan mampu membuat kira-kira. Tetapi sehingga kini rahsia penciptaan hati dan perasaan tidak mampu dicungkil oleh manusia walau sekelumit sekalipun.

Betapa hebatnya Allah yang telah menjadi “jurutera” terhadap penciptaannya yang Agung.

Hati dan perasaanlah yang menjadikan manusia itu manusia. Tanpanya manusia akan menjadi seperti air yang tidak bergula. Tiada cinta, tiada rindu, tiada benci, tiada dendam, tiada gusar, dan tiada gelisah. Maka tiadalah beza antara manusia dan penciptaan makhluk selainnya.

Aku sendiri masih cuba untuk menyingkap rahsia penciptaan yang agung ini. Aku fikir aku mampu mengawal hati dan perasaan.. Tetapi rupa-rupanya tidak.. Allahlah yang berkuasa mencampakkan benih-benih cinta di dalam hati hambaNya. Dialah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini. Kepada-Nya segala kekuasaan.

Persoalan Cinta amat berkait rapat dengan Hati dan Perasaan. Tanpa kehadiran hati maka tidak wujudlah perasaan. Tanpa kehadiran perasaan maka tidak akan wujudlah cinta. Begitulah rantaian yang saling berkait dan berpaut antara satu sama lain.

Jangankan aku sebagai hamba yang kerdil, sedangkan Rasulullah SAW pun berasa sunyi tanpa kehadiran Khadijah. Tanpa Hawa, Adam menjadi resah gundah-gulana. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada di dalam syurga? Namun ia tetap rindukan Hawa..

Maka bantulah aku ya Allah sepertimana di dalam firman-Mu..

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Tuesday, February 8, 2011

Tiada ruang di hatiku....

ap da jadi ngn hatiku ni..?? knapa trlalu susah utk hati ni kmbali sperti dulu...?? hurrmm.... susah untuk mncari jwapan kpd smua tu....hati ni seolah-olah dah tiada ruang utk sape2 lg.... ap da jadi ngn aku ni....rse cam ksong pun ada...tp still xleh nk di isi oleh sape2....bukan ak x penah cuba,tp hati ni still camtu jgk.... mgkin blom trbukak ag kot..... tp pape pon,ak pohon maaf pd pihak yg tertntu...bkn niatku utk menolak...tp hati ni blom terbukak utk sape2 ag.....

buat masa ni,biarlah hidup ak begini...smua yg trjadi mmbuatkan ak mnjadi semakin kuat... semakin tabah utk hadapi sgala kmungkinan di hari mendatang....=)

Thursday, February 3, 2011

Cinta Sejati....

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Tuesday, February 1, 2011

cuti datang lagi!!!

salam semua....da lama x menaip ni bt tgn ni rse gtal nk menaip plak...haha.... maklum la,dapat cuti smggu...so,ak nk citer psl cuti la ni...=)...

cuti ni agk boring la plak....xde aktiviti sgt pun...just dk umh n study la ckit2 tu...tol ke ak study ni..??hehehe....tp yg bestnye bila cuti ni ialah bile dpt tido puas2... time mlm plak ak ad lawan futsal....sje nk uat reunion ngn membe2 kt ats court futsal 2...hahaha

erm..pada 05.02 ni ad kenduri plak...sepupu ak kawin...ak da kna tempah awl2 ag oleh diorg tuk jadi tukang buat air plak...hahaha...best2 coz dpt kumpul rmai2 ngn kaum kluarga.... spe2 yg x malu 2,jemput la dtg...hakhakhak....tp ptg 2 ak da kna msuk klej blik la....sdih la plak nk tggal mjlis yg tntunya akn happening bila kitaorg stu kluarga brkmpul....huhuhu.....

tp sblom 2 ak nk isi masa cuti ni ngn aktiviti yg best2 dulu.... so,ak ngn membe2 rancang nk uat BBQ...pastu nk g main bowling ramai2....dan lps 2 plak nk g mandi air terjun...haha...spe nk ikt,jom la!!hahahaha.....

2 dia aktiviti tuk menghilangkan keboringan di masa cuti ni... sambil2 tu dpt la ak cari kekuatan dlm diri ak ni balik....hahaha....bak kata org...'life must go on'... tol x...?? huhu... bg ak skrg ni,biaq p lah...ada aku kesah..??!!! hahahahaha....

k,lah...chow dulu....assalamualaikum.....

Sunday, January 30, 2011

kembali membina kekuatan.....

bermula dari saat ini,ak kna kuatkan hatiku...tempohi semua dugaan ni ngn berani.... btl kata kwn2 ak....'ko laki la pali,ko kna kuat'....thanks my friends....stiap yg trjadi tu ad hikmah-Nya.... mgkin die bukan yg trbaik utk ku....its ok....let her go....

thanks to arina jgk coz byk bg ak nsihat...bg ak sokongan....ak hrgai sgt2....u r my BFF!! 4ever!! so,kesimpulannya,paliey kembali single la...hahaha... eh3...happy plak die...ke bt2 hppy ni...huhu...no komen...but,insyaALLAH i'll be ok....lets bygones just be bygones!! ak kna trus melangkah ke depan..

semoga satu hari nanti akn ad sinar kbhagiaan dlm hidup ini....yg sudi mnerima diri ini seadanya...bubye!!=)

Thursday, January 27, 2011

Ujian ALLAH kepada hamba-Nya.....

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.

Dan aku tertanya, kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.

Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu.

Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.

Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini?

Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.

Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

Warkah Untuk Sahabat........

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti.

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...


MOHD FADHLI BIN JUSOH........

Tuesday, January 25, 2011

We Are The Champion!!

Final Piala Kijang Muda 2010(KAFA)


kul 6 ptg kami da kna berada kt stadium....


pape hal pun,snap la gmbar dlu...tp time ni ak x smpai ag sbb mslh jln jem...huhu



selepas solat maghrib berjemaah,kami ke bilik persalinan utk bersiap trun ke pdg...


ni dia!! kalut je diorg ni...excited nk main final kot...haha


warm up time...sblom start game kami perlu memanaskan badan trlbh dahulu bg mengelakkan berlakunya kecederaan....huhu


aik...time warm up pun smpat posing ag.....ish3...


aku pun nk join jgk la...hahaha


dan ini adalah antra barisan pemain simpanan kami....hehe


inilah dia saat2 yg di nanti...sblom start game,pape pun kna salam dlu...lps 2 bru blh lawan..haha


ref kata: 'sila buat line up dlu yea...'hehe...
sbar la klu nk main pun...peraturan tetap peraturan...haha


inilah dia line up team aku...standby for Negaraku song....


eh2...cam knal je nombor 8 tu...:)


walaupun team ak x punya badan yg besar tp semuanya mmpunyai smgt yg tggi....
pantang kami mengalah sebelom berjuang.....gempur!!!!


ha....cuba teka ap yg tgh ak borak ngn Dato' tu..??hehe
secret2!!


inilah dia barisan kesebelasan utama yg menggalas tnggungjwb utk memastikan kejuaran milik kami!!


kalau ye pun bagi lah kami ready dlu bru blh ambk gambar...
ni time sesi brgambar dgn pihak media...
best2!!hakhakhak!!


scoreboard!!
so,wisel permulaan di mulakan.....go!!


akhirnya inilah dia hasilnya....
PBJ BACHOK mngalahkan PBJ TUMPAT!!


sesi penyampaian medal n piala yg di sampaikan oleh Presiden KAFA...


cepat2..!!time to show the cup in front of fans!!haha


itu dia!! sesi brgmbar ngan media ag...rasa famous jap...kahkahkah


we all enjoy in this night!! =)


kejuaraan milik kita!!!


inilah antara tonggak pasukan!!


=)


bersama pembantu jurulatih kami...


hehe.....yg kanan 2 di nobatkan top scorer of the tournament...
sape la 2 erk...??hehe


itu dia coach kami...
Tuan Kamree Tuan Yahya...bekas player malaysia yg ke olimpik Barcelona 1992!!
thanks coach for train us to be the champion!!


lepas selesai di padang,tiba la masa utk mengisi perut plak...
KFC la...apa lagi...jom2!!


mnunggu makanan sampai....semua muka happy jew,..haha


inilah pemain yg brganding ngan aku di bahagian serangan...


muka2 yg kelaparan...haha


berlawak jenaka bersama our coach!!


mlm2 pun pkai spek itam jgk ka??ish3..


tu diaa....makanan da sampai...yum3!!
excited giler plak bdak 2 ble dpt mkn...haha



kenangan terindahku di tahun 2010.... we are the champion!!
PBJ BACHOK tetap di hatiku!!





Aduhai Tarikh.....

20.01.2011....hari yg inginku lupakan....hari yg btl2 menjatuhkan aku... mcm2 rasa ad time 2... sedih+serabut+kecewa+rsa bersalah+sakit+buntu+serba x kena=air mata!!hurmm....

23.01.2011....hari ini pula bermula ngan kesedihan jgk tapi x sampai satu hari la...sbb ptg 2 ak rsa cam dapat bina balik je kekuatan lam diri ni...thanks to kwn2 sbb bangkitkan ak...lps 2 msuk klas mate plak rase cam best plak study mate...da la kena uat show free kt dpn klas...ciap kna nyanyi plak 2...tp rmai2 la...haha...so,lagu permaisuri la kteorg plih...time nyanyi 2 plak,ad plak yg nk merakamnya...malu kot...ish3...hentam saja la labu..haha...ni la akibatnya ble trlmbat dtg klas...hehe....tp time 2 ase hppy sgt....len kali nk dtg lmbt ag la...blh x miss..?hehe

24.01.2011...yg ni pun best...da la hari ni klas cancel....so,ap lg,tido la.... tp tgah hari kna pg klas halaqah plak...utk Kemahiran Insaniah la katakan...haha....belah petang pulak ak pg koko plak..yg ni pun best sbb blaja psl muzik...group artis la katakan...hehe...belah malamnya ag la best...ad match futsal plak kul 9....so,cam biasa la...kepuasan bila dpt bantai team lawan ngn score 27-7...ish3...tp 2 la,team kteorg x pnah kalah plak 2...haha..berlagak giler ko paliey!! ish3...2 la,len kali jgn lawan ngan team ak bila ak gah nk release tension...hehehe.....pape pun,enjoy la ngn ari ni...:)