Fadhli Jusoh

Fadhli Jusoh

Tuesday, September 27, 2011

Experience is the best teacher in our life..

selama 21 tahun bernafas di dunia ini,bersyukur aku kepada-Nya kerana masih di berikan ruang untuk bernafas di muka bumi ini. selama 21 tahun ini juga berbagai kisah di dalam hidup ini,berbagai pengalaman yang di lalui. susah dan senang yang di lalui selama 21 tahun ini juga banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar....

tak siapa pun tahu apa yang aku alami,mungkin semua orang boleh kata atau nilai apa yang diorang nak..tapi hakikat yang sebenar tak siapa pun yang tahu kenapa aku berkelakuan itu dan ini.. di sebalik kelakuan seseorang itu pasti ada kisah di sebaliknya..jangan lah kamu menilainya dengan sesuka hati,kerana luaran tidak menggambarkan dalaman seseorang itu...

di sebalik kegembiraan,pasti ada kesedihan yang cuba di sembunyikan,namun daripada kesedihan ianya mengajar hati ini untuk menguntumkan senyuman.. senyuman menjadikan diri ini makin kuat dan tabah untuk hadapi segala kemungkinan..kerana hidup ini tidak pernah mudah bagi sesiapa yang mempunyai impian..

manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan,begitu juga aku namun kita belajar dari setiap kesilapan itu,belajar untuk bangkit... bangkit dari setiap kegagalan walau dunia ini bagai menentang kita sekali pun,kita mesti kuat dan tabah untuk melawannya..

Sunday, September 25, 2011

Kisah Hati.

My heart and your hearts into one love. I feel your presence to complete me. but love is not ours, all have ended. love you and I will not be united, for the time being in this world. maybe we will be together later on there. let me keep this love forever true. the story of the heart.

Noktah Terakhir.

di suatu saat,andainya segala yang kita impikan tidak menjadi kenyataan,janganlah kamu berduka dengan ketentuan itu. bangkitlah dari setiap kekecewaan itu. walau dunia ini bagai menentang kita sekalipun, kamu mesti kuat untuk hadapi semua itu. kehidupan ini tidak pernah mudah kepada sesiapa yang mempunyai impian. biarkan takdir yang menentukan segalanya......

setiap yang berlaku ada sebabnya,dari itu kita mesti belajar untuk terima setiap kemungkinan. walau ianya amat menyakitkan sekali pun. dunia ini tidak pernah adil, tapi percayalah "setiap aturan-Nya tersimpan sejuta bagai keindahan"....