Fadhli Jusoh

Fadhli Jusoh

Tuesday, October 23, 2012

RINTIHAN DEMI RINTIHAN

Tanggal 12 Ogos 2012. Aku kehilangan seorang insan yang sangat aku kasihi dan sayangi. Kembalinya Abah ku kepada pemilik asalnya ALLAH S.W.T. aku redha dengan ketentuan ini. Walau masih ada rasa terkilan dengan diri sendiri kerana tidak sempat berada di sisinya di saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semuanya berlaku dengan terlalu mengejut, sesungguhnya aku masih memerlukan beliau untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang. Tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Aku pasrah dengan segala ketentuan Nya. semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah. 

Di setiap langkahan ku pada hari ini, Abah tetap di hati ku. Semangatnya menjadi sumber kekuatan ku untuk menempuh segala halangan di dunia ini. Di saat beliau masih ada, beliau lah yang selalu memberikan aku kekuatan untuk kembali bangkit di saat aku mengalami kegagalan. Walaupun aku sedar, langkahan ku kini tidaklah seteguh seperti dulu. Segalanya aku hadapi dengan sendiri,memendam segala rasa di dalam hati. Aku sedar, tanggungjawab ku makin besar, hanya kepada ALLAH tempat ku bersandar dan mengadu tentang segala rasa kegalauan di hati ini.

Maafkan anak mu ini Abah. Telah ku mengalah tentang keinginan hati ini demi menjaga hati semua. Maafkan aku, aku merajuk dan memberontak bukanlah kerana ingin mencari gaduh dengan adik beradik yang lain. Tapi aku terlalu merindui mu, rindukan ketegasan mu dalam mendidik ku. Maafkan aku atas segala kekhilafan diri ini. Kedegilan diri ini. Aku gagal penuhi permintaan mu. Aku gagal untuk berjaya seperti yang kau inginkan. Tapi percayalah, segala yang ku lakukan sebelum ini adalah demi mu abah. Ingin menunaikan impian mu untuk ke Mekah. Tapi aku tetap gagal,masanya terlalu singkat. Aku hanya mampu merancang, selebihnya ALLAH yang tentukan.

Dear Abah, i'm doing all i can to be a better man. i'm sorry. Maafkan aku, abang-abang dan kakak-kakak ku. Di satu saat,aku terasa ingin pergi jauh dari semua. Tanpa ku ketahui hala tuju ku. Halangan dan rintangan yang terpaksa aku tempuhi pada masa ini amatlah berat, segalanya bermain di fikiran tentang hala tuju ku. aku semakin kehilangan langkahan ku tanpa siapa sedari. Jalan untuk bersama Nya sahaja yang aku nampak dan inginkan. Maafkan aku di atas segalanya.