Kehidupan di IPTA bagaikan merubah segalanya,jadual hidupnya juga berubah,tidak sama seperti di zaman persekolahannya.. Namun hanya satu yang tidak berubah iaitu cinta Faiz terhadap Fasha... Setahun menyemai kasih bersama Fasha bukan lah sesuatu yang mudah,sehinggalah pada suatu hari hubungan mereka mula di ketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak...
Keluarga mereka telah menghalang hubungan mereka dengan sekeras-kerasnya kerana sebab-sebab yang langsung tiada salahnya... Faiz akur dengan kehendak keluarganya,beliau telah membuat keputusan yang amat memberi kesan terhadap hidupnya.. Faiz telah memutuskan hubungan cintanya bersama Fasha.. Walau kedua-duanya tidak dapat menerima keputusan tersebut,namun mereka tidak mampu untuk melawan takdir... Fasha tidak merelakan perpisahan itu,tetapi Faiz nekad menjauhkan diri demi kebaikan Fasha... Harapan Faiz adalah mahukan Fasha mencari kebahagiaan nya bersama insan yang lain.. Yang dapat di terima oleh keluarga Fasha...
Kekecewaan yang di tanggung oleh Faiz tak siapa pun pernah tahu... Faiz sembunyikan kekecewaannya di sebalik senyumannya...kerana bagi Faiz hidup tidak pernah mudah bagi sesiapa yang mempunyai impian...
***bersambung..............
No comments:
Post a Comment