Fadhli Jusoh

Fadhli Jusoh

Thursday, January 20, 2011

LBB the series part 1...

Faiz seorang yang 'nerd' namun beliau mempunyai bakat dalam sukan bolasepak.. Di zaman persekolahannya, Faiz lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain bolasepak.. Baginya bolasepak adalah tempat untuk dia me'release'kn tension nya... Segala suka dan duka telah di lalui selama terbabit dalam sukan tersebut... Dari situ jugak Faiz belajar erti ketabahan dan kesabaran dalam hidupnya... Tidak di nafikan,bolasepak juga ada turun dan naik nya..Namun Faiz belajar dari setiap kejatuhannya untuk menjadikan beliau lebih tabah dan sabar untuk menjalani kehidupannya di hari yang mendatang...

Namun Faiz juga seperti manusia biasa yang perlukan perhatian dan belaian dari seseorang.. Tapi semua tu bagai menjauh dari kehidupannya.. Faiz di besarkan oleh mak dan ayah di samping 3 orang kakak nya... Beliau lebih banyak memendam kehendak hatinya dari sesiapapun.... Baginya,kebahagiaan insan sekeliling lebih penting dari dirinya.... Tidak di nafikan,Faiz juga mempunyai sikap yg amat sensitif,tetapi dia tidak akan pernah untuk menunjukkan kekecewaan terhadap orang lain....

Cinta pertama Faiz adalah di waktu zaman persekolahannya sewaktu dia berumur 16 tahun... Tapi cinta itu hanya bertahan selama 1 tahun kerana Faiz ingin menumpukan perhatiannya dalam peperiksaan SPM.. Dunia bolasepaknya juga di hentikan demi menghadapi SPM....

Selepas peperiksaan SPM, Faiz membawa dirinya ke bandar untuk bekerja di samping menunggu keputusan SPM nya... Di situ Faiz belajar untuk hidup berdikari dan mencari pengalaman baru dalam hidupnya.. Tanpa di duga, takdir telah menemukan dia dengan seorang gadis yg langsung tidak pernah terlintas di hati nya untuk di jadikan sebagai temannya... Namun manusia hanya mampu merancang,tapi Tuhan yang menentukan segalanya... Perasaan cinta mula berputik di hatinya...dan Faiz tidak bertepuk sebelah tangan kerana gadis itu juga mempunyai perasaan yg sama terhadap Faiz.... Mereka mula menjalin hubungan tanpa pengetahuan dari sesiapapun.. Gadis itu bernama Fasha,bagi Faiz, Fasha amat pandai menjaga hatinya yg membuatkan Faiz terasa amat bahagia bila bersama Fasha... Tetapi setiap perhubungan itu ada pasang dan surutnya...Namun Faiz dan Fasha menghadapi suka dan duka bersama-sama...

Selepas keputusan SPM di keluarkan,Faiz pulang ke kampungnya dan dia telah dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah IPTA yg terletak di sebuah bandar di Malaysia... Walaupun sebelom itu Faiz terpaksa menolak salah satu tawaran dari IPTA yg lain oleh kerana kehendak keluarganya... Itulah Faiz, sentiasa memikirkan kehendak orang lain terlebih dahulu sebelom memikirkan kehendaknya.........


****bersambung......

>>>nantikan sambungan LBB part2,yg mengisahkan kehidupan Faiz di IPTA.....<<<

2 comments: