tak siapa pun tahu apa yang aku alami,mungkin semua orang boleh kata atau nilai apa yang diorang nak..tapi hakikat yang sebenar tak siapa pun yang tahu kenapa aku berkelakuan itu dan ini.. di sebalik kelakuan seseorang itu pasti ada kisah di sebaliknya..jangan lah kamu menilainya dengan sesuka hati,kerana luaran tidak menggambarkan dalaman seseorang itu...
di sebalik kegembiraan,pasti ada kesedihan yang cuba di sembunyikan,namun daripada kesedihan ianya mengajar hati ini untuk menguntumkan senyuman.. senyuman menjadikan diri ini makin kuat dan tabah untuk hadapi segala kemungkinan..kerana hidup ini tidak pernah mudah bagi sesiapa yang mempunyai impian..
manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan,begitu juga aku namun kita belajar dari setiap kesilapan itu,belajar untuk bangkit... bangkit dari setiap kegagalan walau dunia ini bagai menentang kita sekali pun,kita mesti kuat dan tabah untuk melawannya..