Biar Takdir Yang Menentukan Segalanya..... Hanya Takdir Yang Mampu Merubah Segalanya.....
Fadhli Jusoh
Tuesday, February 22, 2011
Cinta tak semestinya di miliki.....
Monday, February 21, 2011
Kenapa....?????
Thursday, February 17, 2011
Manusia oh Manusia......
Saturday, February 12, 2011
Jangan Di Ucap Selamat Tinggal....
Wednesday, February 9, 2011
Cinta Yang Paling Agung....
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .
Cinta yang paling Agung ialah ,
Cinta pada Tuhan Yang Maha Suci .
Bicara Cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .
Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .
Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .
Sabar menunggu saat bersama ....
Hati dan Perasaan Ciptaan-Nya....
Telah berabad-abad lamanya manusia cuba mencipta alternatif lain sebagai pengganti manusia. Mereka mampu mencipta robot-robot yang mampu melakukan kerja-kerja berat dan mampu membuat kira-kira. Tetapi sehingga kini rahsia penciptaan hati dan perasaan tidak mampu dicungkil oleh manusia walau sekelumit sekalipun.
Betapa hebatnya Allah yang telah menjadi “jurutera” terhadap penciptaannya yang Agung.
Hati dan perasaanlah yang menjadikan manusia itu manusia. Tanpanya manusia akan menjadi seperti air yang tidak bergula. Tiada cinta, tiada rindu, tiada benci, tiada dendam, tiada gusar, dan tiada gelisah. Maka tiadalah beza antara manusia dan penciptaan makhluk selainnya.
Aku sendiri masih cuba untuk menyingkap rahsia penciptaan yang agung ini. Aku fikir aku mampu mengawal hati dan perasaan.. Tetapi rupa-rupanya tidak.. Allahlah yang berkuasa mencampakkan benih-benih cinta di dalam hati hambaNya. Dialah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini. Kepada-Nya segala kekuasaan.
Persoalan Cinta amat berkait rapat dengan Hati dan Perasaan. Tanpa kehadiran hati maka tidak wujudlah perasaan. Tanpa kehadiran perasaan maka tidak akan wujudlah cinta. Begitulah rantaian yang saling berkait dan berpaut antara satu sama lain.
Jangankan aku sebagai hamba yang kerdil, sedangkan Rasulullah SAW pun berasa sunyi tanpa kehadiran Khadijah. Tanpa Hawa, Adam menjadi resah gundah-gulana. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada di dalam syurga? Namun ia tetap rindukan Hawa..
Maka bantulah aku ya Allah sepertimana di dalam firman-Mu..
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Tuesday, February 8, 2011
Tiada ruang di hatiku....
Thursday, February 3, 2011
Cinta Sejati....
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.